Friday, August 22, 2008

Tip untuk kekal di Unisel

Salam semua...

saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengekalkan diri kamu di UNISEL....

Berdasarkan yang apa boleh saya kongsi, untuk kekalkan diri supaya boleh meneruskan pengajian adalah seperti berikut....

kita tahu bahawa sistem CGPA Unisel berdasarkan satu fakta yang mana digunapakai di beberapa universiti yang lain iaitu " jika kamu gagal satu kertas peperiksaan dan apabila kamu mengulang dan lulus, maka, gred yang sebelum (yang fail itu) akan digantikan dengan gred yang baru....."..sistem ini banyak kelebihannya,
pertama, kamu tidak akan membawa gred fail hingga kamu graduat,
kedua, cgpa kamu akan naik mendadak jika kamu lulus.
jadi, apa yang saya boleh nasihatkan, jika kamu fail satu paper, sila ulang paper ini hingga lulus, atau jika kamu mendapat cgpa bawah 2, sila ambil subjek yang memungkinkan kamu boleh dapat cgpa 2 dan ulang paper yang kamu fail...u all tahu kan 3 kali kedudukan bersyarat, u all kena say good bye to universiti....jadi adalah penting untuk kamu kekal di CGPA 2 dan ke atas. Yang mana dikalangan u all yang agak2 insaf dan ingin terus kekal belajar tuh, jika tak pasti lagi mcm mana nak buat, or macam mana nak pilih subjek, jgn segan2 jumpa saya.
NAMUN...saya nak tegaskan di sini, bahawa, jika kamu tiada daya usaha, saya tolong kamu sebanyak mana nasihatpun, tetap susah nak berjaya...semuanya terpulang kepada kamu sendiri, rajin belajar, InsyaAllah, akan dpt hasilnya...

Untuk pelajar yang CGPA 3 dan ke Atas, sekali lg, saya ucapkan tahniah. Jangan lepas saya ucap tahniah, terus malas belajar, belajar sepanjang zaman tahu, so kena teruskan belajar. U all pula, tugas u all, belajar untuk diri sendiri n ambilkan sedikit kesempatan untuk menolong kawan-kawan kamu, banyak faedahnya menolong,
pertama - kamu boleh mantapkan ilmu kamu,
kedua, tentulah dapat pahala.
ketiga- tentu kamu pernah dengarkan (bg yang beragama Islam) , ada 3 benda di dunia yang boleh kita bawa ke akhirat, pertama, amal ibadah, kedua, ilmu yang bermanfaat n ketiga doa anak soleh.
jadi tak salah menolong rakan yang kurang, pasti suatu hari nanti kamu akan ditolong, cuma satu ya, hati-hati...jgn menolong waktu exam, u all tahu kan, saya cukup tegas tentang kes peniruan dalam exam, jadi jangan dibuat, mungkin saya tidak nampak, tapi ada yang lebih besar dari saya yang akan nampak iaitu siapa?????...Allah Yang Maha Esa....

Selamat belajar.

7 comments:

  1. Assalamualaikum WBT,terdahulu disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Azizah kerana berjaya melengkapkan blog yg sangat menarik ini semoga usaha cik dapat berterusan dan diberkti Allah.......Amen.

    Tujuan saya beri komen kat sini adelah utk bertanyakan soalan kepada Cik Azizah yang budiman.
    Berikut adalah soalan saya:


    1.Adakah course eh ini dpat menjadikan saya seorang yang m'punyai carier dalam bidang vaterinar?

    2. Apakah skop pekerjaan 'profesional'bagi lulusan eh?

    3. Kenapa yuran course ini terlalu mahal sedangkan unisel adalah kepunyaan kerajaan negeri selangor?.Bkankah kerajaan negeri berjiwa rakyat.?

    4.cik Azizah dah kahwin ke blum?soalan tambahan sahaja ;-)

    Sekian dari saya semoga cik Azizah dapat jodoh yng sempurna.reply my answer capet skit yop.....poh paleh weh.....

    sekian wasaalam,selamat berpuasa dan RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.


    ps:soalan lain akan datang soooooon.......as posible.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
    salam ramadhan buat Cik Azizah..
    tahniah sebab telah menghasilkan satu blog yang dapat memberikan info semasa tentang perkembangan program -EH-..

    Saya pelajar baru..
    Dan saya kurang faham mengenai CGPA yang cik ceritakan..
    jadi..
    apa yang patut saya buat..?

    kemudian..
    saya perlukan satu cara atau tip tentang bagaimana untuk mengatur masa sebagai seorang mahasiswa di universiti ini..
    harap cik boleh berkongsi sedikit tip..
    sekian terima kasih..

    -environment health-
    1[2008/2009]

    ReplyDelete
  3. to inatureheritage

    saya cuba jawab sebaik mungkin...
    course eh tidak akan menjadikan u sebagai doktor veterinar....walaubagaimanapun program ini membolehkan u mengambil pelbagai bidang lain dlm bidang sains kesihatan di peringkat master or phd. walaubagaimanapun, jika di skim kerajaan, gred jawatan yang bakal di perolehi ialah gred U ...(sama spt gred doktor perubatan).
    2. skop kerja, mereka akan menjadi inspektor kesihatan atau penolong pegawai kesihatan persekitaran, atau pegawai kesihatan persekitaran. kerjaya ini boleh didapati banyak di kementerian kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.
    3. yuran yg mahal kerana peralatan yang kami gunakan adalah mahal2 belaka.Walaupun kami adalah kepunyaan kerajaan negeri, namun, kami perlu menjana pendapatan sendiri. kami mmg berjiwa rakyat kerana kami mmg rakyat yang baik untuk menyumbang tenaga demi anak bangsa yang merdeka.
    4. saya belum berkhawin. kenapa? nak tolong carikan ke? hahaha...boleh je...

    terima kasih di atas soalan...semoga awak berjaya menjadi doktor veterinar.

    ReplyDelete
  4. to amir

    cgpa = kiraan purata point markah yang u dpt.
    begini ya...
    jika semester 1 u dpt cgpa 2, semester 2 u dpt cgpa 1.99 (gpa semester itu u dpt 1.7)
    jadi purata semua semester ialah cgpa 1.99, ini bermakna u dah gagal kekalkan cgpa 2. hm...jumpa saya utk keterangan lanjut.
    soalan kedua, macam mana nak study di unisel, senang aje...
    pilih kawan yang tidak merosakkan jiwa,
    pilih kawan yang suka buat kerja kuliah,
    pilih kawan yang gila study.
    paling penting, niat u masuk sini, nak belajar, buat cara belajar,
    belajar ni perlukan kekuatan dalaman yang kuat...gud luck...

    ReplyDelete
  5. kalau orang tanye result kita gpa ke atau cgpa yg mereka pandang?

    ReplyDelete
  6. slm, ade rumours pasal new grading in unisel.
    markah from a to b is A...b to c is A-...betol ke? ke mcm lame lg?

    ReplyDelete
  7. Wsalam...
    Soalan pertama tu...org tgk cgpa bukan gpa..
    Yg rumours tu..sy kena check balik sbb sy off keja unisel selama 3 tahun (study leave)...
    - Cik Azizah.

    ReplyDelete