Monday, March 30, 2009

tahniah dan terima kasih......

Hidup ini sebagaimana yang kamu semua inginkan.....jika tidak berlaku sedemikian selepas kita berusaha keras, anggaplah itu sebagai takdir . kita perlu menjadi biji benih, lemparkan ke mana-mana, pasti akan tumbuh dengan suburnya. Kepentingan dalam menguasai hard skill n soft skill amat perlu terutama u all semua yang bakal menjadi penguatkuasa tempatan atau seorang inspektor kesihatan. Perkara pertama yang perlu dihayati ialah kita ada pelbagai jenis pelanggan yang mahukan khidmat kita, tak kira ia muncul sebagai ketua kita, pensyarah kita, orang awam dan keluarga sendiri. di samping kita mengejar ilmu sebagai keutamaan seseorang pelajar, kita juga perlu menambah soft skill kita dengan bergaul dengan pelbagai peringkat insan kerana ilmu untuk soft skill tidak terdapat dalam silibus pembelajaran. Cara kepimpinan, cara berfikir, cara beretika, cara bekerja dlm kumpulan tidak akan sama dengan teori jika tidak dipraktikkan. Dengan adanya aktiviti2 spt earth hour yang akan menjadi acara tahunan EH, insyaAllah kita akan terus mengedarkan awareness/ kesedaran kepada insan-insan tersayang di sekeliling kita....aktiviti -aktiviti ini akan menambahkan kemahiran soft skill dan menjadikan diri lebih baik. jadi saya menyeru di sini supaya kita semua menyokong aktiviti-aktiviti yang bakal di jalankan di masa akan datang. Projek yang terbaru ialah kempen mengurangkan penggunaan beg plastik or org kelate kata supit gelenyer...jadi sesiapa yang nak join, kita bincangkan kemudian. jika ada sesiapa yang mempunyai idea baru, boleh salurkan terus kepada saya....sekian, terima kasih kepada semua yang menjayakan kempen ini....terus berusaha kerana dunia ini bukan hanya milik kita tp kita akan mewarisinya kepada keturunan kita kelak....:-)

GAMBAR MALAM EARTH HOUR....

TERIMA KASIH KE ATAS BAND JEMPUTAN..SUARA U ALL MEMANG SEDAP....



WAH .....TERIMA KASIH KEPADA JURU CAMERA....PELBAGAI AKSI NAMPAKNYA...YAKIN ITU PENTING...:-).



CABUT NOMBOR MAWI..JGN TAK CABUT!!!!!!



SEMUA KERUSI DAH PENUH..TERPAKSA DUDUK DI LANTAI...ALAHAI...KESIANNYA...TAPI SAYA TAHU U ALL TAK KISAH DAN SANGAT SUKA LG KAN...:-)





AKSI CERIANYER.....:-)



GAMBAR DI STADIUM MALAWATI & TAYANGAN GAMBAR SEMPENA EARTH HOUR 2














KELUARGA EH NIH MEMANG SUKA BERGAMBAR KAN...:-)

GAMBAR DI STADIUM MALAWATI & TAYANGAN GAMBAR SEMPENA EARTH HOUR 1








TAHNIAH KEPADA SEMUA TENAGA KERJA, WALAUPUN PERSIAPAN TAK SAMPAI 2 MINGGU, SEMUANYA MENYUMBANG SEPENUH HATI DAN TERBAIK....TAHNIAH JUGA KEPADA PEMENANG NOMBOR BERTUAH...:-)







KELAYAKAN MASUK DIPLOMA EH

KEMASUKKAN KE DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN SEDANG DIBUKA SEKARANG...

KELAYAKAN MASUK
4-5 KREDIT TERMASUK ENGLISH DAN 1 SUBJEK SAINS AM ATAU SAINS TULIN DI PERINGKAT SPM....

SILA LAWATI WWW.UNISEL.EDU.MY

MAKLUMAT SUBJEK SEM MEI DAN JULAI 2009.

MAKLUMAT MATA PELAJARAN SEMESTER MEI (3/2008/2009) DAN SEMESTER JULAI (1/2009/2010)

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (KA7157)


SEMESTER MEI



INTAKE 2/06/07

1. Praktikum 1 MPD 2244

Kredit taken : 4

INTAKE 3/08/09

1. Proficiency English 1 ZEU 1113
2 Pengajian Islam/Pengajian Moral MPW 1143/MPW 1153
3 Pengajian Malaysia MPW 1133

Kredit taken : 9


SEMESTER JULAI



INTAKE 2/06/07

1 Praktikum 2 MPD 3144
2 Praktikum 3 MPD 3254

Kredit taken : 8

INTAKE 3/06/07

1 Praktikum 1 MPD 2244
2 Praktikum 2 MPD 3144

Kredit taken : 8



INTAKE 1/07/08

1 Prosedur Perundangan MPD 3133
2 Pengurusan Vektor dan Perosak MPD 3223
3 Tingkahlaku Manusia MPD 3242
4 Pengurusan Sisa Pepejal dan Berbahaya MPD 3233

Kredit taken : 11

INTAKE 3/07/08

1 Pengajian Malaysia MPW 1133
2 Bekalan Air dan Pelupusan Kumbahan MPD 2113
3 Keselamatan Makanan MPD 2124
4 Pemantauan Persekitaran MPD 2213
5 Ko-Kurikulum ZKU 1112

Kredit taken : 15

INTAKE 1/08/09

1 Pengenalan Kepada Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan MUD 2232
2 Tanah dan Hidrogeologi MPD 1223
3 Bekalan Air dan Pelupusan Kumbahan MPD 2113
4 Keselamatan Makanan MPD 2124
5 Pemantauan Persekitaran MPD 2213
6 Ko-Kurikulum ZKU 1112

Kredit taken : 17

INTAKE 3/08/09

1 Matematik MUD 1123
2 Anatomi dan Fisologi Manusia I MPD 1113
3 Kimia MUD 1113
4 Asas Mikrobiologi MUD 1153
5 Asas Biokimia MUD 1223

Kredit taken : 15






INTAKE 1/09/10

1 Kimia MUD 1113
2 Matematik MUD 1123
3 Anatomi dan Fisologi Manusia I MPD 1113
4 Pengajian Islam/Pengajian Moral MPW 1143/MPW 1153
5 Proficiency English 1 ZEU 1113
6 Pengajian Malaysia MPW 1133

Kredit taken : 18

Wednesday, March 25, 2009

tayangan video sempena kempen earth hour

Salam semua.......

Sempena kempen Earth Hour , pihak kami akan mengadakan tayangan video yang bertajuk "An inconvenient truth" pada :

Tarikh : 26hb Mac 2009
Masa : 8.00 mlm
Tempat : LT 2

Semua dijemput hadir.

terima kasih...

Monday, March 23, 2009

sesi pembelajaran di mahkamah shah alam

sesi latihan di mahkamah. bergaya semuanya...

Kempen Earth Hour

Kempen Earth Hour telah bermula semalam (Ahad) di Stadium Malawati.
Seterusnya semua warga kerja tengah menunggu tarikh dan masa yang sesuai utk membuat tayangan video di Unisel.

seterusnya kempen akan berjalan sekali lagi utk warga unisel shah alam dan penduduk sek. 7 khasnya..... bermula rabu ini dan seterusnya

pada detik kemuncak acara ini, tak kira di mana jua anda berada...sila sokong kami dengan menutup lampu yang tidak dirasakan perlu di kawasan jajahan anda.....

Tarikh tutup lampu : 28hb Mac 2009
Hari : sabtu
Masa : 8.30 pm -9.30 pm...

sama-sama kita jayakan kempen ini....

untuk upload gambar semalam, nantilah ya...sy agak sibuk sedikit...harap maklum...

T-shirt tuh....agak cantik...:-)

Sunday, March 15, 2009

Tarikh MQA

Maklumbalas dari MQA - kemungkinan lawatan MQA akan ditunda ke minggu 2 atau 3 April 2009 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. harap maklum.

Earth Hour Day 28 march 2009

1,508 cities and towns in 80 countries have already committed to VOTE EARTH for Earth Hour 2009, as part of the worlds first global election between Earth and global warming - Earthhour.org.

Earth Hour To Create Wave Of Participation Around The Globe
Over 930 cities and towns in 80 countries, across 25 time zones to power down for Earth Hour 2009.

To Eh students, please summit 2 or 3 participants from your batch. We want to discuss some activities. 9.30 am - 17 hb March 2009- my room.

Thursday, March 12, 2009

Kedatangan MQA

Proses untuk mendapatkan akreditasi penuh Program Diploma Kesihatan Persekitaran sedang giat dijalankan. Ketibaan Pihak panel dan wakil MQA dijangkakan pada 23hb -27hb Mac 2009.
Diharap semuanya berjalan lancar dan semua pihak akan bergembira dengan keputusan yang bakal diputuskan oleh MQA...
Para pelajar sekelian, kita semua telah melakukan yang termampu dan cuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya, sokongan dan kerjasama dari semua pihak, amat diucapkan ribuan terima kasih....
Penambahbaikan amat perlu untuk bergerak dengan lebih mantap. Selain itu hati yg bahagia akan membawa rezeki yang berganda.....:-).
Selamat menjalani peperiksaan mid semester 2009 dan seterusnya peperiksaan akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi. selamat berjaya.

aktiviti student EH ...







Amali food safety



Amali pemeriksaan premis - SAMA cafe UNISEL...



Amali food microbiology and food chemistry.......
lawatan ke Radicare....