Thursday, September 25, 2008

gambar majlis berbuka puasa






Salam semua

ini ialah gambar majlis berbuka puasa bersama kak long , abg long, kak ngah n abg ngah,....terima kasih....

Wednesday, September 24, 2008

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin

buat semua pelajar,
saya ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
semoga raya kali ini akan membawa seribu kebahagiaan dunia n akhirat...insyaAllah...

Friday, September 19, 2008

terima kasih daun keladi.....






salam semua,

pertama kali, saya nak ucapkan terima kasih kepada abg ngah n kak ngah yang sanggup tunggu dari pagi hingga ptg utk pengambaran yg dicancelkan .....namun demikian, disebabkan alang-alang berada di lab kimia , jadi, tak salah kiranya kita buat lab kan.....

so, gambar2 nih diambil utk kita kongsi bersama.....

terima kasih daun keladi,

lepas raya, insyaAllah pengambaran akan jadi.....

gambar di tasik menjadi penyeri nanti...

semoga EH Unisel glamor menjadi-jadi...

:-).....




Tuesday, September 16, 2008

Wabak denggi sedang melanda Shah Alam

















salam semua....




makluman bahawa seorang senior kamu iaitu cik aza, telah disahkan mengidap demam denggi....




td sy dan cik Fauzana telah melawat rakan kamu bersama dgn senior -senior kamu...aza telah ditempatkan di hospital klang, mula-mula dimasukkan , suhu badan nya ialah 39 C, tertinggi 39.5 C, tp alhamdullillah, beliau telah beransur pulih...




ada beberapa gambar utk tatapan kamu semua....silalah melihat...."dia dah sembuh kan???" hihihihi....
c

Wednesday, September 10, 2008

Ujian mid term food safety

Ujian mid term food safety akan diadakan pada 16hb September 2008......sila sediakan diri kamu utk ambil mid term...

Baju Vest EH

kita sedang merancang untuk membuat baju vest EH, design dan pemilihan akan dibuat oleh senior kamu yang mana mereka akan menjalani latihan praktikal terlebih dahulu. Harga yang dicadangkan lebih kurang RM50. Berita terkini akan di update kemudian.

Percutian tidak rasmi

Salam....

kini telah masuk hari ke 11 berpuasa.....saya tgk semua dah boleh menyesuaikan diri dengan ibadah berpuasa....syukurlah

hm...berbalik kepada topik yang akan saya bicarakan kali ini ialah para senior kamu sedang merancang percutian tidak rasmi untuk semua pelajar EH. sekali lagi saya tegaskan , ini adalah percutian tidak rasmi, jd kita perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri (kalau jadi apa2, universiti tidak bertanggungjawab), jadi jika kamu ingin menyertai percutian ini, kamu harus memberitahu kepada keluarga kamu bahawa ini adalah percutian persendirian sesama rakan dan bukan salah satu dari aktiviti universiti.
Berita terkini mengenai aktiviti ini akan saya update kemudian.
senior kamu juga akan mengadakan aktiviti berbuka puasa, ini juga akan saya update kemudian.

Friday, September 5, 2008

sikap sambil lewa belajar

perhatian kepada semua pelajar, saya dpt report yg mengatakan ada sesetengah dari kamu semua yang ambil sikap sambil lewa utk belajar dan kehadiran ke kelas yang tidak memuaskan....
kamu perlu maklum bahawa tindakan menahan kamu dari masuk ke dewan peperiksaan boleh diambil jika kehadiran kamu kurang dari 80%. Tindakan ini menyebabkan kamu hilang kelayakan menduduki peperiksaan akhir yang menyebabkan kamu hilang 60% markah....jadi bila result akhir keluar, kamu akan gagal....
kamu perlu ingat bahawa kos utk subjek fakulti kita nih adalah antara yang tertinggi, jadi tolonglah belajar rajin-rajin dan yang penting lulus, kamu perlu kesiankan diri kamu yang perlu membayar kos yang lebih tinggi jika kamu gagal....kesian juga kepada ibu bapa kamu....mereka mengharapkan yang terbaik dari kamu....
kamu perlu ingat tugas kamu di universiti ini iaitu belajar, belajar n belajar.....jadi kamu perlu tunaikan tanggungjawab kamu untuk belajar ilmu yang sepatutnya....
kamu semua dah dewasa, sila bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat....

Tahniah buat en Adam

Alhamdullillah..makluman buat semua, en Adam telah mendapat anak lelaki baru-baru ini....diharap isterinya dan anaknya sihat.....terima kasih...

makluman - penting -salinan sijil spm

sila hantar fotocopy sijil spm dan isi borang yg disediakan.....semua ini perlu dihantar kepada sy seblm 15hb nih....wajib hantar, so pandai2lah u all sediakan salinan tuh....terima kasih...