Monday, March 30, 2009

tahniah dan terima kasih......

Hidup ini sebagaimana yang kamu semua inginkan.....jika tidak berlaku sedemikian selepas kita berusaha keras, anggaplah itu sebagai takdir . kita perlu menjadi biji benih, lemparkan ke mana-mana, pasti akan tumbuh dengan suburnya. Kepentingan dalam menguasai hard skill n soft skill amat perlu terutama u all semua yang bakal menjadi penguatkuasa tempatan atau seorang inspektor kesihatan. Perkara pertama yang perlu dihayati ialah kita ada pelbagai jenis pelanggan yang mahukan khidmat kita, tak kira ia muncul sebagai ketua kita, pensyarah kita, orang awam dan keluarga sendiri. di samping kita mengejar ilmu sebagai keutamaan seseorang pelajar, kita juga perlu menambah soft skill kita dengan bergaul dengan pelbagai peringkat insan kerana ilmu untuk soft skill tidak terdapat dalam silibus pembelajaran. Cara kepimpinan, cara berfikir, cara beretika, cara bekerja dlm kumpulan tidak akan sama dengan teori jika tidak dipraktikkan. Dengan adanya aktiviti2 spt earth hour yang akan menjadi acara tahunan EH, insyaAllah kita akan terus mengedarkan awareness/ kesedaran kepada insan-insan tersayang di sekeliling kita....aktiviti -aktiviti ini akan menambahkan kemahiran soft skill dan menjadikan diri lebih baik. jadi saya menyeru di sini supaya kita semua menyokong aktiviti-aktiviti yang bakal di jalankan di masa akan datang. Projek yang terbaru ialah kempen mengurangkan penggunaan beg plastik or org kelate kata supit gelenyer...jadi sesiapa yang nak join, kita bincangkan kemudian. jika ada sesiapa yang mempunyai idea baru, boleh salurkan terus kepada saya....sekian, terima kasih kepada semua yang menjayakan kempen ini....terus berusaha kerana dunia ini bukan hanya milik kita tp kita akan mewarisinya kepada keturunan kita kelak....:-)

2 comments:

  1. sama-sama ingat mengingati...kasih sayang sesama insan seagama..alhamdullillah...

    ReplyDelete