Friday, August 22, 2008

selamat kembali para pelajarku sekelian

Salam...

Bagaimana dengan percutian semester yg lepas? ada yang bergembira hingga lupa utk mengintai-intai buku/ nota di dalam beg tuh? or ada yang menyimpan nota2 utk dijadikan bahan khazanah yang berharga suatu hari nanti? persoalan ini saya serahkan kepada anda semua untuk memikirkannya....

Semester baru bermula, adakah kamu semua takut untuk masuk semula? pasti di fikiran masing2, luluskah semua subjek yang diajar semester yang sebelum itu? Huh! pasti semua mengatakan subjek 2 ini agak susah utk dikendalikan......

Tahniah kepada yang mendapat CGPA 3 dan ke atas, kepada yang hampir-hampir , sila cuba lagi....sikit je tuh, kuatkan usaha k!!!!

Memperkatakan tentang cgpa, apa yang saya amat-amat mengambil berat ialah bagaimana untuk mengekalkan rakan-rakan kamu yang cgpanya hampir nyawa-nyawa ikan untuk terus kekal di Unisel. Pertama sekali, sy ucapkan tahniah kepada Asyraf (ambilan 3/06/07) , Fatin (ambilan 1/07/08) dan beberapa org lagi rakan kamu yang telah menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk kekal CGPA atas 2. Ingatlah, kejayaan yang boleh ditempah dengan adanya usaha...teruskan usaha kamu semua, saya akan menyokong dari belakang....

Semester 1/2008/2009 - semester ini adalah semester penentu kepada sebahagian kawan - kawan kamu semua untuk terus kekal di Unisel. Bagi Ambilan 1/2007/2008, kali ini saya lihat sebagai semester yang menaikkan cgpa...kerana semester ini , terdapat subjek-subjek yang bagi saya boleh membantu menaikkan cgpa. Good luck untuk semua.

Bagi junior yang baru, pastikan belajar dengan bersungguh-sungguh,jika terdapat masalah yang boleh dikongsi, dipersilakan berjumpa dengan saya, saya tak kan makan oranglah..tak percaya??? silakan tanya senior2 kamu....apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu...kecuali kewangan ...:-) ...bagi lelaki pula, jika ada masalah kelelakian ( yelah anda semua sedang memasuki dunia lelaki dewasa, tak sesuailah nak bercerita dengan saya kan, jadi saya dah sediakan seorang lecturer lelaki), so sila berjumpa dengan En. Adam, satu-satunya lecturer baru EH mewakili kaum lelaki.

Di sini, saya ucap Selamat Datang untuk lecturer baru Environmental Health..
Cik Erna Haryani - org Kedah senegeri dengan saya....dia ni kuat ketawa kan....:-)
Cik Fauzana - orgnya kecik2 tp berjiwa besar, jgn buli ya, kalau saya dengar u all buli dia, siap you all..hihihhi..
En. Adam - ya, akhirnya program nih dpt juga seorang lecturer lelaki, dia sebelum ini bekerja di Kementerian Alam Sekitar. Bakal jadi ayah kepada anak ke-2...
Cik Intan - sapa-sapa yang nak aktif/ aktiviti lasak, boleh join dengan dia. Sebelum ni, dia lecturer di MAHSA.
Pn. Nukhdiha - lecturer part time yang dah jadi full time, tgh rehat2kan diri coz baru melahirkan anak kedua....

Kepada semua , anak-anak murid saya nih, u all nih dah macam adik-adik saya je...so saya amat mengharapkan kejayaan yang terbaik dari kamu semua. Kejayaan di sini adalah kejayaan dunia dan akhirat...
Jgn ambil rasuah bila dah bekerja, saya tak nak share saham rasuah kamu tuh....so berhati-hatilah....
sempena bulan syaban nih, kepada yang beragama Islam, sila-silalah rajin berpuasa dan beramal, ilmu tanpa amal, tidak berguna....wasalam...

No comments:

Post a Comment