Monday, June 28, 2010

Pertukaran Ketua Program Kesihatan Persekitaran

Salam para pelajar sekelian,

Terlebih dahulu, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada kamu semua kerana saya telah mendapat pelajar-pelajar yang baik, bijak dan manja utk saya didik di Unisel ini. Sepertimana yang telah kita sedia maklum, sepatutnya jawatan saya diambil-alih pada Februari yang lalu, namun di sebabkan masalah teknikal dan ketiadaan penganti, saya telah dilantik sekali lg sehingga mendapat penganti yang saya yakini boleh membawa program kita ke arena antarabangsa. InsyaAllah.
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2010, semua urusan berkaitan dengan Program Kesihatan Persekitaran akan diambilalih oleh Ketua Program yang baru iaitu En. Razi Ikhwan. Buat masa ini, bilik beliau di tingkat 2, bangunan Biomedic.
Bagi melancarkan proses pengambil-alihan ini, semua perkara yang berkaitan dengan praktikal yang telah tamat minggu lepas akan diuruskan oleh saya lagi. Kepada pelajar yang telah tamat praktikal, sila hantar laporan sebelum 9 Julai 2010. Kelewatan ini boleh menyebabkan seluruh sistem perbentangan laloran praktikal akan terjejas.
saya doakan program ini akan berjaya memandangkan semua syarat MQA telah Unisel penuhi terutama berkaitan dengan CI praktikal yang telah dilantik baru-baru ini. Harapan saya ialah kamu semua dapat naik pentas dan mengengam sijil Ik dan menjadi Ik yang competen dan berhemah tinggi.InsyaAllah.

1 comment:

  1. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah kami yang kami ketegorikan sebagai yang terbaik pernah kami temui. kami berharap agar ilmu-ilmu yang kami pelajari dan kami timbai di halalkan dari dunia hingga akhirat. dan maakan lah kami jika kami ada membuat dan menyebabkan kesemua pensyarh kami berkecil ati. memori kami bersama anda semua adalah sa2 kenangan yang xkan kami lupakan. especially kepada ketua program kami yang bijak dan pandai mengatur keseluruhan pergerakan kami sehingga lah kami gred nanti. dan saya berharap pada hari gred nanti, saya teringin sangat untuk bergambar bersama2 kesemua pensyarah yang pernah mengajar saya mengenai subjek ini dan ada di antara anda semua juga turut mengajar apa itu erti kehidupan yang sebenar setelah mengalami beberapa kegagalan. agar kesemua pensyarahku gembira dan sentiasa di murahkan rezki.., amin...

    ReplyDelete