Monday, November 23, 2009

Nasihat.

Salam semua......

Pelajar kesayangan saya sekelian, setelah berdamping dengan kamu semua selama beberapa tahun ini, saya mempunyai pandangan bahawa kamu semua adalah pelajar yang boleh menjadi seorang yang cemerlang dan mempunyai jati diri yang kukuh serta mempunyai akal yang boleh membezakan di antara buruk dan baik. Sepertimana yang telah saya perjelaskan dahulu, pekerjaan yang bakal disandang apabila kamu keluar dari dip. EH adalah seorang penguatkuasa kesihatan yang mana kamu bakal menghadapi pelbagai jenis manusia yang mempunyai sikap dan tingkahlaku yang berbeza. Jadi kamu perlu menjadi lebih kuat dalam menentukan pendirian diri kamu serta tingkahlaku kamu sendiri. Janganlah kamu semua menjadi lalang yang akan mengikut hembusan angin (dalam erti kata lain, tiada pendirian, tidak tahu batasan agama, tidak boleh membezakan buruk dan baik). Kemodenan kita hari ini perlu digarisi dengan batasan agama.Agama, sains dan kehidupan jangan dipisah-pisahkan jika kita ingin berdiri dengan kukuh dalam menghadapi masa depan. Bukan semua dari barat itu bagus, bukan semua sikap Melayu itu bagus, bukan semua sikap manusia kita boleh ikut....jadi saya amat mengharapkan kamu memahami perkara ini sebaik-baiknya. Tanggungjawab kami para pensyarah dalam mendidik sahsiah kamu telah kami pulangkan kepada kamu semua. Pandai-pandailah kamu berdikari dalam menjalani hidup ini.
Biar kamu jadi orang, bukan hidup kamu terbuang......

Jadilah biji benih yang bagus, dilontar ke mana pun pasti hidup dan subur....saya sentiasa doakan.....:-)

2 comments:

  1. amin..,
    nasihat n da cik,
    akan kami jadikan sbg penguat dalm menhadapi pelbagai cbaran d dunia ini...,
    thanks 2 all my lectr 4 teach me everythg in 3 years..,
    tq all..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang berfikir dan mengerjakan amal kebajikan.

    ReplyDelete