Monday, May 25, 2009

selamat datang ke sem 3/08/09 - ulasan result.

Ulasan Result peperiksaaan yang bakal keluar.
Saya agak keciwa dengan pencapaian sebahagian dari pelajar dan rasa gembira dengan pencapaian pelajar yang sebahagian lagi. walaubagaimanapun, pada semester mei ini dan seterusnya, sistem yang sedia ada akan dikemaskini dan akan berlaku inforcement secara besar-besaran. Kepada pelajar yang suka memberi masalah kepada semua pelajar yang lain termasuk kepada semua pensyarah dan tidak terkecuali terhadap saya, diharap dapat berubah sikap sebelum kamu dikehendaki meninggalkan fakulti ini. selepas ini, kamu perlu lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pelajaran kamu.
Sebagai seorang pelajar yang telah dewasa, sila pastikan kamu tidak mengagalkan diri kamu sebagai anak yang baik, pelajar yang budiman dan anggota masyarakat yang terpilih.
Bagi pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal, sila pastikan seminggu atau 2 minggu sebelum kamu pergi menjalani latihan, sila berhubung/berjumpa dengan jabatan sumber manusia PBT terbabit untuk beramah mesra dahulu dan mendapat sedikit penerangan mengenai persiapan praktikal.
Kepada Vimala , semoga berjaya menjalani praktikal di DBKL dengan jayanya.
kepada 9 pelajar lagi, sila pastikan kamu pulang lebih awal dari tarikh pendaftaran sekurang-kurangnya seminggu awal. tarikh taklimat akan saya keluarkan kemudian.
Bagi yang belum menjalani praktikal (praktikal Disember), semua urusan praktikal akan diuruskan oleh unit BCI Unisel dan bukan tanggungjawab saya untuk menguruskannya lagi.
keputusan peperiksaan,
ada 5 orang berkedudukan bersyarat dan beberapa orang masih tidak membayar yuran. sila pastikan semua urusan diselesaikan.
Sekian, terima kasih.
n
welcome to new members of EH family.

1 comment:

  1. hey...u pk u siapa? ah...berlagak...celaka...sombong betul la ko...u pun x kurangnye

    ReplyDelete