Salam semua...
saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengekalkan diri kamu di UNISEL....
Berdasarkan yang apa boleh saya kongsi, untuk kekalkan diri supaya boleh meneruskan pengajian adalah seperti berikut....
kita tahu bahawa sistem CGPA Unisel berdasarkan satu fakta yang mana digunapakai di beberapa universiti yang lain iaitu " jika kamu gagal satu kertas peperiksaan dan apabila kamu mengulang dan lulus, maka, gred yang sebelum (yang fail itu) akan digantikan dengan gred yang baru....."..sistem ini banyak kelebihannya,
pertama, kamu tidak akan membawa gred fail hingga kamu graduat,
kedua, cgpa kamu akan naik mendadak jika kamu lulus.
jadi, apa yang saya boleh nasihatkan, jika kamu fail satu paper, sila ulang paper ini hingga lulus, atau jika kamu mendapat cgpa bawah 2, sila ambil subjek yang memungkinkan kamu boleh dapat cgpa 2 dan ulang paper yang kamu fail...u all tahu kan 3 kali kedudukan bersyarat, u all kena say good bye to universiti....jadi adalah penting untuk kamu kekal di CGPA 2 dan ke atas. Yang mana dikalangan u all yang agak2 insaf dan ingin terus kekal belajar tuh, jika tak pasti lagi mcm mana nak buat, or macam mana nak pilih subjek, jgn segan2 jumpa saya.
NAMUN...saya nak tegaskan di sini, bahawa, jika kamu tiada daya usaha, saya tolong kamu sebanyak mana nasihatpun, tetap susah nak berjaya...semuanya terpulang kepada kamu sendiri, rajin belajar, InsyaAllah, akan dpt hasilnya...
Untuk pelajar yang CGPA 3 dan ke Atas, sekali lg, saya ucapkan tahniah. Jangan lepas saya ucap tahniah, terus malas belajar, belajar sepanjang zaman tahu, so kena teruskan belajar. U all pula, tugas u all, belajar untuk diri sendiri n ambilkan sedikit kesempatan untuk menolong kawan-kawan kamu, banyak faedahnya menolong,
pertama - kamu boleh mantapkan ilmu kamu,
kedua, tentulah dapat pahala.
ketiga- tentu kamu pernah dengarkan (bg yang beragama Islam) , ada 3 benda di dunia yang boleh kita bawa ke akhirat, pertama, amal ibadah, kedua, ilmu yang bermanfaat n ketiga doa anak soleh.
jadi tak salah menolong rakan yang kurang, pasti suatu hari nanti kamu akan ditolong, cuma satu ya, hati-hati...jgn menolong waktu exam, u all tahu kan, saya cukup tegas tentang kes peniruan dalam exam, jadi jangan dibuat, mungkin saya tidak nampak, tapi ada yang lebih besar dari saya yang akan nampak iaitu siapa?????...Allah Yang Maha Esa....
Selamat belajar.
Showing posts with label UNISEL CARA BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label UNISEL CARA BELAJAR. Show all posts
Friday, August 22, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)