Salam semua......
Pelajar kesayangan saya sekelian, setelah berdamping dengan kamu semua selama beberapa tahun ini, saya mempunyai pandangan bahawa kamu semua adalah pelajar yang boleh menjadi seorang yang cemerlang dan mempunyai jati diri yang kukuh serta mempunyai akal yang boleh membezakan di antara buruk dan baik. Sepertimana yang telah saya perjelaskan dahulu, pekerjaan yang bakal disandang apabila kamu keluar dari dip. EH adalah seorang penguatkuasa kesihatan yang mana kamu bakal menghadapi pelbagai jenis manusia yang mempunyai sikap dan tingkahlaku yang berbeza. Jadi kamu perlu menjadi lebih kuat dalam menentukan pendirian diri kamu serta tingkahlaku kamu sendiri. Janganlah kamu semua menjadi lalang yang akan mengikut hembusan angin (dalam erti kata lain, tiada pendirian, tidak tahu batasan agama, tidak boleh membezakan buruk dan baik). Kemodenan kita hari ini perlu digarisi dengan batasan agama.Agama, sains dan kehidupan jangan dipisah-pisahkan jika kita ingin berdiri dengan kukuh dalam menghadapi masa depan. Bukan semua dari barat itu bagus, bukan semua sikap Melayu itu bagus, bukan semua sikap manusia kita boleh ikut....jadi saya amat mengharapkan kamu memahami perkara ini sebaik-baiknya. Tanggungjawab kami para pensyarah dalam mendidik sahsiah kamu telah kami pulangkan kepada kamu semua. Pandai-pandailah kamu berdikari dalam menjalani hidup ini.
Biar kamu jadi orang, bukan hidup kamu terbuang......
Jadilah biji benih yang bagus, dilontar ke mana pun pasti hidup dan subur....saya sentiasa doakan.....:-)
Monday, November 23, 2009
selamat menjalani peperiksaan akhir...
Salam semua
Kepada semua pelajar sekelian, peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi, diharap kamu semua bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir dengan cemerlang. Kepada pelajar senior yang bakal menjalani praktikal, adalah diingatkan bahawa kegagalan kamu untuk lulus semua subjek pada semester ini akan menyebabkan kelayakan praktikal kamu di tarik balik. Saya sedang memantau beberapa pelajar yang berkemungkinan besar akan ditarik balik status praktikalnya...jadi ..sila bersusah payah belajar hingga lulus...
Buat junior-junior, belajarlah dengan tekun. CGPA kamu akan mengikut kamu ke tangga seterusnya.
Good Luck!!!!!

Monday, November 2, 2009
perjumpaan student praktikal
Perjumpaan pelajar praktikal akan diadakan pada
6hb November 2009,
jam 3 ptg,
tempat : makmal EH.
tq
6hb November 2009,
jam 3 ptg,
tempat : makmal EH.
tq
Subscribe to:
Posts (Atom)